Posts

Showing posts from October, 2018

Pembekal barang Kemas 916 terus dari kilang

    Beberapa minggu lalu, Agrobank telah menukar polisi perkhidmatan Ar-Rahnu mereka dan ada kemungkinan syarikat-syarikat Ar-Rahnu lain akan menyusul kemudian, polisi yang paling menjejaskan pelabur emas ialah apabila pelabur tidak dibenarkan overlap semula selepas tempoh pajakan tamat kecuali terpaksa keluarkan emas yang disimpan terlebih dahulu sebelum dipajak kembali.             Yang menjadi masalah ialah apabila kita kekurangan modal untuk tebus, dan jika dapat tebus sekalipun,  kita masih terikat dengan jumlah maksimum pinjaman sebanyak RM10,000.00 sebulan. Setakat RM10,000, baru dapat pajak dalam 60-70gram emas, jadi  yang ada beratus-ratus gram emas tu bagaimana? keadaan sekarang rasanya seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak, nak jual emas sayang takut harga akan naik lagi, jika tak dijual, bank akan call setiap bulan suruh kita tebus. Bagi yang masih blur-blur polisi yang diubah, saya ringkaskan sedikit dibawah:- – Maksimum pinjaman setiap individu sebulan