Posts

Pembekal barang Kemas 916 terus dari kilang

    Beberapa minggu lalu, Agrobank telah menukar polisi perkhidmatan Ar-Rahnu mereka dan ada kemungkinan syarikat-syarikat Ar-Rahnu lain akan menyusul kemudian, polisi yang paling menjejaskan pelabur emas ialah apabila pelabur tidak dibenarkan overlap semula selepas tempoh pajakan tamat kecuali terpaksa keluarkan emas yang disimpan terlebih dahulu sebelum dipajak kembali.             Yang menjadi masalah ialah apabila kita kekurangan modal untuk tebus, dan jika dapat tebus sekalipun,  kita masih terikat dengan jumlah maksimum pinjaman sebanyak RM10,000.00 sebulan. Setakat RM10,000, baru dapat pajak dalam 60-70gram emas, jadi  yang ada beratus-ratus gram emas tu bagaimana? keadaan sekarang rasanya seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak, nak jual emas sayang takut harga akan naik lagi, jika tak dijual, bank akan call setiap bulan suruh kita tebus. Bagi yang masih blur-blur polisi yang diubah, saya ringkaskan sedikit dibawah:- – Maksimum pinjaman setiap individu sebulan

PELABURAN EMAS

Tips sebelum bermulanya sesuatu pelaburan emas 1)   Produk seperti jongkong emas dan dinar emas sangatlah sesuai dijadikan bahan untuk                    pelaburan dan bukannya barang kemas dimana susut nilai jongkong emas dan dinar emas            ini jauh lebih rendah dari barang kemas. 2) Beli emas yang menggunakan sistem patuh syariah bagi lebih keselamatan dan keyakinan          kepada pembeli. Pengesahan hendaklah daripada badan antarabangsa yg diperakui dan                bukannya dari perseorangan dan syarikat emas. 3) Beli emas untuk dijadikan pelaburan yang mempunyai peratus susut nilai paling rendah .                Lagi banyak keuntungan dapat bila lagi rendah susut nilai emas. 4) Beli emas daripada duit simpanan atau duit extra. Emas untuk pelaburan berjalan untuk               masa jangka masa sederhana dan panjang. Kerugian buat anda sekiranya anda belum          melepasi peratus susut nilai emas. Selepas sahaja melepasi peratus susut nilai, harga jual

SEJARAH HABIB JEWEL YANG MENJADI INSPIRASI KITA UNTUK BERJAYA .

Image
Nama asal syarikat Habib Jewel adalah M.A Habib Mohamed yang diasaskan pada tahun 1958 oleh Datuk Haji Habib Mohamed. Operasi perniagaan ini pada asalnya adalah secara kecil-kecilan di Pitt Street, Pulau Pinang. Sebelum itu,beliau hanyalah seorang pekerja di sebuah kedai emas. Tidak lama kemudian, beliau memutuskan untuk mempunyai bisnes sendiri. Bermula dengan modal sebanyak RM 3,800. Pada awalnya, beliau telah membeli barang kemas daripada kedai pajak kemudian menjualkannya kepada kedai emas. Daripada situ perniagaannya berkembang dan membuka dua 2 cawangan kedai baru pada tahun 1987 iaitu Siti Emas dan Puteri Emas. Namun malangnya, sambutan pelanggan terhadap kedai-kedai barunya tidak memberansangkan seperti kedainya yang pertama. Kedua cawangannya ditutup dan beliau kemudian mencuba nasib sekali lagi dengan membuka cawangan baru di Semua House, Kuala Lumpur pada tahun yang sama. Daripada sini, Datuk Haji Habib cuba untuk membuat dan mereka sendiri barangan kemas dari