SEJARAH HABIB JEWEL YANG MENJADI INSPIRASI KITA UNTUK BERJAYA .


Nama asal syarikat Habib Jewel adalah M.A Habib Mohamed yang diasaskan pada tahun 1958 oleh Datuk Haji Habib Mohamed.
Operasi perniagaan ini pada asalnya adalah secara kecil-kecilan di Pitt Street, Pulau Pinang. Sebelum itu,beliau hanyalah seorang pekerja di sebuah kedai emas. Tidak lama kemudian, beliau memutuskan untuk mempunyai bisnes sendiri.
Bermula dengan modal sebanyak RM 3,800. Pada awalnya, beliau telah membeli barang kemas daripada kedai pajak kemudian menjualkannya kepada kedai emas.
Daripada situ perniagaannya berkembang dan membuka dua 2 cawangan kedai baru pada tahun 1987 iaitu Siti Emas dan Puteri Emas.
Namun malangnya, sambutan pelanggan terhadap kedai-kedai barunya tidak memberansangkan seperti kedainya yang pertama.
Kedua cawangannya ditutup dan beliau kemudian mencuba nasib sekali lagi dengan membuka cawangan baru di Semua House, Kuala Lumpur pada tahun yang sama.
Daripada sini, Datuk Haji Habib cuba untuk membuat dan mereka sendiri barangan kemas daripada bahan mentah yang dibeli.

                                               M.A Habib Mohamed dan Datuk Seri Meer Sadik.
#2-Usaha Keras Mula Menampakkan Hasil.
Pelanggan menyukai barang kemas rekaan Habib Jewels kerana pengasasnya ketika itu sangat mementingkan dan mengutamakan kehandak dan keperluan pelanggan.
Rekaannya ketika itu banyak diinspirasikan oleh corak-corak yang feminin seperti flora yang menjadi kegemaran ramai wanita.
Perniagaan ini diwariskan kepada anak lelakinya, Datuk Seri Meer Sadik.
Merupakan lepasan graduan dalam bidang perniagaan dari Amerika Syarikat, Datuk Seri Meer mula bekerja dan bertanggungjawab bagi bilik pameran Habib dan merupakan salah seorang model syarikat.
Datuk Hj.Habib menggunakan menggunakan peluang ini untuk melaksanakan strategi pemasaran melalui televisyen dan radio.
Strategi ini berjaya mengundang lebih ramai pelanggan yang datang ke bilik pameran.
Disebabkan minat anaknya itu, Habib mula memasarkan iklannya secara agresif di televisyen dan juga radio.
Ketika itu, dapat diperhatikan yang semakin ramai pelanggan datang mengunjungi bilik pameran.
Dengan kemahiran tradisional ayahnya dan digabungkan dengan ilmu perniagaan gaya moden oleh Datuk Seri Meer, Habib Jewel berjaya memajukan perniagaan mereka dengan gah.
Meer amat menggalakkan pengiklanan di media massa yang mana perkara itu tidak pernah dilakukan oleh bapanya sebelum ini.
Sejak itu, Habib mula menyedari bahawa kombinasi didikan moden yang diterima anaknya ketika menuntut di universiti dan cara perniagaan tradisional yang diamalkannya selama ini menjadi kombinasi yang bermanfaat dalam membangunkan Habib Jewel.
#3-Cabaran Dan Strategi Habib Jewels.
Sepanjang berniaga, mereka menghadapi 1001 cabaran dan rintangan. Kos yang diperlukan untuk menjalankan bisnes barangan kemas agak besar dan mereka juga turut menjual produk lain untuk menampung kos perniagaan utama.
Kos selalu menjadi masalah utama dalam setiap perniagaan. Perkara tersebut juga terpaksa dihadapi syarikat ini dan mereka berusaha untuk menampung kos tersebut dengan membuka kedai bunga dan menjual serbuk kopi.
Oleh kerana Datuk Seri Meer adalah anak tunggal lelaki dan adik beradik perempuannya yang lain ada komitmen masing-masing, maka Habib Jewels diuruskan sepenuhnya oleh beliau .
Datuk Seri Meer merupakan ahli gemologi terlatih daripada Gemological Institute of America. Beliau dibantu oleh isterinya, Datin Zarida.
Menurut beliau, mereka banyak berhabis untuk strategi pemasaran Habib Jewel yang mencecah ratusan ribu ringgit yang mungkin nampak mahal akan tetapi itu adalah strategi yang sangat efektif untuk jangka masa yang panjang bagi jualan dan penjenamaan.


Habib Jewels kini mempunyai lebih daripada 18 cawangan di seluruh negara. Mereka juga berjaya menembus pasaran di luar negara seperti di Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Brunei dan Indonesia.
Mereka sentiasa aktif membuat kajian tentang rekaan dan pasaran yang terkini untuk sentiasa menjadi pesaing yang hebat bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara.
Untuk mengorak langkah yang lebih besar lagi dalam indutri ini mereka turut bekerjasama dengan syarikat luar negara yang lain seperti syarikat Heart On Fire.
Pergerakan syarikat dipacu oleh visi untuk menjadi syarikat yang mempunyai kredibiliti dalam perniagaan, karisma dalam mencipta idea dan harga berlian yang kompetitif .
Falsafah perniagaan mereka adalah untuk menjadi perunding barangan kemas peribadi pelanggan.
Antara strategi bisnes berjaya yang mereka gunakan adalah iklan di surat khabar sehari sebulan tarih Festival Berlian dibuka.
Dalam iklan surat khabar, The Straits Times, Singapura, beliau menawarkan berlian 20 karat pada harga empat juta ringgit dan anting-anting yang bermula pada harga dua ribu ringgit.
Iklan tersebut telah mendapat nasihat perundangan oleh peguam syarikat dan hasil idea bijak iklan tersebut telah mendapat sambutan luar jangkaan.
#4-Habib Jewels Bermula Dari Kecil Hingga Menjadi Besar.
Perniagaan sejak dua generasi ini menyaksikan kedua pemiliknya mencapai kejayaan yang tersendiri.
Jika sewaktu pemilik generasi pertama berjaya memikat pelanggan sekitar Penang dan menjadi pilihan pelancong asing yang berkunjung di situ untuk dibawa pulang sebagai hadiah, pewaris generasi kedua pula telah melakar kejayaan di banyak negara dan kota terkemuka dunia.
Datuk Meer mula membantu ayah beliau pada tahun 1986 dan kini mereka mempunyai empat pusat francais, sebuah kilang di Kuala Lumpur .
Pada 1997, Habib Jewels telah membina sebuah bangunan sebagai ibu pejabat setinggi lima tingkat di Ampang yang dibantu oleh 200 pekerja.
Walaupun mengalami naik turun dalam perniagaan, usaha keras mereka membolehkan syarikat dapat bertahan dengan kukuh dan walaupun sewaktu negara mengalami kemelesetan ekonomi, mereka tidak perlu mengecilkan syarikat atau operasi atau memberhentikan pekerja.
Kini, jenama Habib Jewels tidak perlu diperkenalkan lagi.
Bermula dengan kedai kecil di Penang, jenama ini sudah tersohor di luar negara hasil kombinasi hasil keras, ilmu, kemahiran dan komitmen pemilik dan syarikat untuk terus maju kehadapan.

Comments

Popular posts from this blog

Pembekal barang Kemas 916 terus dari kilang