Posts

Showing posts from April, 2018

SEJARAH HABIB JEWEL YANG MENJADI INSPIRASI KITA UNTUK BERJAYA .

Image
Nama asal syarikat Habib Jewel adalah M.A Habib Mohamed yang diasaskan pada tahun 1958 oleh Datuk Haji Habib Mohamed. Operasi perniagaan ini pada asalnya adalah secara kecil-kecilan di Pitt Street, Pulau Pinang. Sebelum itu,beliau hanyalah seorang pekerja di sebuah kedai emas. Tidak lama kemudian, beliau memutuskan untuk mempunyai bisnes sendiri. Bermula dengan modal sebanyak RM 3,800. Pada awalnya, beliau telah membeli barang kemas daripada kedai pajak kemudian menjualkannya kepada kedai emas. Daripada situ perniagaannya berkembang dan membuka dua 2 cawangan kedai baru pada tahun 1987 iaitu Siti Emas dan Puteri Emas. Namun malangnya, sambutan pelanggan terhadap kedai-kedai barunya tidak memberansangkan seperti kedainya yang pertama. Kedua cawangannya ditutup dan beliau kemudian mencuba nasib sekali lagi dengan membuka cawangan baru di Semua House, Kuala Lumpur pada tahun yang sama. Daripada sini, Datuk Haji Habib cuba untuk membuat dan mereka sendiri barangan kemas dari